Sunday, 28 October 2012

TUTORIAL MUDAH CARA FLASH KERNEL PADA XPERIA X8

aku baru-baru ni aku dah pun terbitkan artikel bagaimana untuk unlocked bootloader xperia x8 so untuk artikel pada kali ni jom belajar macam mana nak flash kernel..bagi yang masih tak nampak sebenarnya antara tujuan kita unlocked bootloader ialah bagi membolehkan kita untuk flash custom kernel dan tujuan kita flash custom kernel pula ialah untuk membolehkan kita install custom rom yang memerlukan kernel khas..so secara ringkasnya :

Unlocked Bootloader   >  flash custom kernel  >  flash custom rom

jadi, bagi yang pertama kali baca entri tutorial ni mohon korang baca dari awal iaitu Cara Unlock Bootloader Pada Xperia X8 kemudian sambung dengan entri ni Tutorial Mudah Flash Custom Kernel.

p/s- jika korang flash kernel tanpa unlocked bootloader terlebih dahulu xperia x8 korang akan hardbricked serta tak dapat di selamatkan lagi..sila berhati-hati dan pastikan korang dah pun unlocked bootloader sebelum flash kernel.

p/s- setiap rom akan menggunakan kernel khas / kernel sendiri..amat penting untuk korang pastikan kernel apa yang perlu di gunakan setiap kali ingin install rom yang perlukan custom kernel.

p/s- kami tak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan pada phone korang..tolong berhati-hati dan baca setiap arahan dengan teliti bagi memastikan proses ini berjaya dilakukan.

p/s- cara ini telah di cuba oleh HKA sendiri menggunakan kernel nAa-12 dan rom kuyadroid 4.5.4

Langkah-Langkah Untuk Flash Kernel :

1- Download flash tool latest version..lepas download, install flash tool tersebut kemudian buka folder flash tool dan pergi ke bahagian driver..klik untuk install dan pilih driver untuk xperia x8 korang.

[DOWNLOAD FLASHTOOL]
install flash tool.
2- Restart komputer.

3- lepas restart tekan button ctrl + alt + delete dan pilih task manager.

4- pergi dekat bahagian processes dan cari adb.exe ..klik kemudian tekan end process..kalau tiada adb.exe tu xpe biarkan je.

5- Download file kernel yang korang kehendaki samada kernel nAa-12 atau kernel lain.

6- lepas download masukkan file kernel .ftf tu ke dalam folder flashtool >  firmware .

7- buka flashtool.exe
pilih versi yang sesuai dengan komputer korang samada versi 64 atau 86

8- tekan pada anak panah petir dan pilih flashmode.

9- Pastikan korang pilih kernel yang betul..lepas dekat sebelah dia pilih kernel.sin

10- tekan ok kemudian ikut arahan yang dipaparkan.

[ off kan phone korang kemudian tekan butang back sambil cucuk usb cabel..tunggu sehingga phone di detect pada flash tool.]

11-tunggu sehingga proses selesai..

12- lepas selesai..reboot phone korang kemudian lihat pada setting > about > kernel version ..korang akan nampak kernel tadi dah pun berjaya diinstall..



Siap!!!!...

No comments:

Post a Comment